Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 7 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita ada begitu byk orang yang berbakat, tidak semuanya dalam kumpulan saya, dah tentu, tapi maksud saya di dunia kita ada. Jadi mana-mana drpd anda jangan ingat anda ialah sesuatu yang hebat. Hanya ego anda yang membuat anda berfikir macam itu. Hanya maya yang memperdaya anda untuk berfikir begitu padahal anda tak tahu apa-apa pun, tak dapat buat banyak untuk sesiapa pun. Tetapi anda biarkan kononnya pengikut ini mengangkat-angkat anda dan memudaratkan anda kerana mereka asyik mengepam ego anda, kemudian anda berbuat salah. Anda menjadi angkuh, menuju ke jalan yang salah dan memimpin mrk semua ke jalan yg salah.

Sesetengah orang malah menggelar diri sebagai sesuatu macam ‘Chúa’, Kêu mình là Chúa, malah ‘Raja Dunia Bercahaya’. Di mana anda dapat gelaran sebegini? Bagaimana anda mendapat jenis ‘Sáng Thế Chủ (Pencipta)’ ini, apa-apa saja? Kemudian juga ‘Putera Tuhan Syurga’? Seorang lagi lelaki berkata dia ialah Anak Tuhan yang terakhir, anak Maharaja Jed yang terakhir atau apa-apa saja. Cakap karut, untuk menipu orang mudah terpengaruh yang kesian! Tetapi saya lihat di semua Syurga, tak nampak Putera terakhir di mana pun! Saya tanya semua Raja Syurga. Mereka tidak mengetahui entiti sebegini. Mungkin Tuhan tak tahu bahawa Dia ada seorang anak terakhir?!! Atau mungkin lelaki ini tiada bapa kandung atau tidak tahu siapa bapanya. Mungkin.

Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa. Hari ini, begitu banyak benda palsu di mana-mana saja, sudah dijual dalam talian dan di pasar raya, di mana-mana pun kita dapat cari, di mana-mana negara, tetapi malah ada lelaki yang begitu tak berguna, cuba menjual Buddha dan Tuhan di internet dan di atas tanah! Mungkin mereka tak nak buat pekerjaan, lelaki-lelaki ini! Terlalu banyak kerja keras, kan? Lebih senang berpura-pura sebagai Orang Suci, buat orang lain bekerja dan menyara mereka secara percuma! Itu apa yang mereka fikirkan. Kerana saya nampak mereka di mana-mana saja di internet sejak saya bekerja dengannya. Ini kali pertama dalam tahun-tahun belakangan ini saya tahu bahawa internet ada benda sebegini. Saya lihat ada di mana-mana saja – semuanya berperingkat rendah sekali atau Peringkat Astral, atau hantu ghairah, peringkat syaitan ghairah. Ya Tuhan, di mana-mana saja, mereka muncul di internet, mengambil ruang, katakan apa-apa saja dan minta, apa itu? Dan minta kita supaya melanggan.

Ya Tuhan, baliklah ke rumah saja. Cari pekerjaan yang jujur dan tidak mengambil semua nama kosong, kemasyhuran dan wang ini, kemudian perlu pergi ke neraka dengannya dan bawa banyak orang, menyesatkan mereka yang pergi ke neraka bersama anda juga. Dosa ini tak dapat anda bersihkan. Saya beritahu anda kerana itu dosa buruk, menyinggung perasaan semua Buddha, Tuhan, berbohong, menyalahgunakan Nama Mereka, Kedudukan Mereka, Kuasa Mereka, dan menipu orang lain, orang yang mudah terpengaruh, tidak tahu lebih banyak. Ya Tuhan, anda tidak benar-benar tahu neraka wujud. Maklumlah, neraka benar-benar wujud untuk orang sebegini seperti anda. Jika anda benar-benar ialah orang – anda pasti dari neraka atau bekerja untuk maya, untuk raja ilusi. Jika tidak, anda takkan berani melakukan ini, katakan ini, kerana anda akan tahu bahawa neraka wujud dan akan berada di sana selama-lamanya.

‘Anak Tuhan, anak Maharaja Jed yang terakhir’ atau apa-apa saja. Di mana anda mendapat itu? Dengan apa anda rasa anda layak mendapat semua gelaran itu? Dan yang lain, Phật Di Lặc (Buddha Maitreya) juga, Buddha Maitreya. Apakah yang anda ada, layak mendapat Nama itu? Berani anda? Berani anda begitu angkuh dan menyinggung perasaan Buddha macam itu? Oh, anda memang tak tahu apa itu neraka! Suatu hari nanti anda akan tahu. Jika saya tidak menyelamatkan nyawa fizikal anda dgn campur tangan dalam semua Pejabat Alam Semesta, anda sudah mati. Ya, saya selamatkan nyawa anda bagi berikan lebih banyak masa kepada anda untuk bertaubat dan memperbaik diri tapi anda gunakan masa yg berharga itu untuk memfitnah, mereka-reka cerita palsu sebaliknya!

Saya dapat bantu anda keluar dari neraka, terjamin juga. Tetapi anda menolaknya. Anda kata anda bukan anak murid saya. Kemudian memfitnah saya juga untuk menutup kepalsuan dan rasa malu anda! Anda kata anda pergi kepada saya hanya untuk memerhatikan saya. Anda hanya nak memerhatikan saya? Tetapi mengambil Ajaran dan gaya saya, bawanya keluar untuk mendapat kemasyhuran dan untung diri tanpa Kuasa dalaman untuk menaikkan sesiapa pun, apalagi beri pembebasan kepada mereka. Adakah itu adil? Itu rompakan. Semua Syurga tahu akan itu! Jadi mana dapat anda terlepas dari neraka? Disebabkan oleh penolakan anda, saya tak dapat bantu anda elakkan neraka abadi itu. Anda akan nampaknya.

Jika anda mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya, contohnya, maka anda akan mengetahuinya sekarang. Jadi anda tak tahu ke? Dah tentu, anda adalah yang palsu. Anda akan tahu apa itu neraka dan apa jenis dosa akan bawa anda ke neraka. Tetapi anda tak tahu apa-apa pun. Sebab itulah anda berani melakukan segalanya yang palsu ini hanya untuk mendapat kemasyhuran dan kekayaan. Jadi ini bermakna anda bukanlah Buddha. Buddha tidak melakukan perkara macam ini, ya Tuhan. Apa-apa yang anda buat hanyalah… Anda tak tahu bagaimana menulis dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam) dengan baik pun.

Anda asyik berkata anda ialah Buddha Maitreya dan berkata anda bersembunyi dlm Taoisme. Mengapa anda bersembunyi? Apa yang telah anda buat? Jika anda tidak buat apa-apa yang salah, mengapa perlu bersembunyi? Anda hanya ada sebilangan kecil pengikut. Siapa yang akan cederakan anda? Siapa yang akan pedulikan orang kecil seperti anda, malah cederakan anda, buat apa? Jadi ini bermakna anda bukan Buddha, kerana jika anda ialah itu, anda akan tahu. Anda akan tahu apa itu neraka dan akan tahu jenis dosa apa akan bawa anda ke neraka. Jadi anda buat segalanya secara bertentangan. Anda tak tahu bagaimana menulis pun. Anda hanya menyalin penulisan saya atau penulisan orang lain dan bubuh nama anda di atasnya. Tak tahu malu. Buddha tidak buat perkara sebegini. Itu terlalu ketara. Saya tak tahu siapa itu orang buta yang mengikut anda. Agaknya mereka sudah tinggalkan anda. Jika tidak, ini bermakna mereka berada di sebelah yang sama dengan maya. Syurga beritahu saya itu – usah risau tentang anda kerana mereka yang mengikut anda atau Trần Tâm, Ruma, semuanya sudah pun percaya kepada maya sejak permulaan lagi.

Anda, kononnya ‘Pencipta’ atau Sáng Thế Chủ, Buddha Công, ‘Putera Syurga Terakhir’, kononnya ‘Maitreya tersembunyi’, semua itu dan lain-lain. Oh, ada banyak lagi! Saya tiada masa untuk semua itu. Kita boleh menulis banyak buku hanya untuk nama-nama anda semua, kategori yang serupa. Anda tak tahu apa-apa pun, tiada sebarang kuasa, keluar dan bercakap besar saja. Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata, “Tong kosong mengeluarkan bunyi bising yang paling kuat.” Tiada apa-apa pun di dalam. Mereka banyak bercakap, menipu orang lain tanpa rasa takut pada Syurga dan Bumi. Anda menipu orang lain yang mudah terpengaruh tanpa rasa takut pada Syurga dan Bumi. Anda akan lihat. Kita semua akan sampai ke sana dan anda akan tahu.

Anda semua yang saya sebut nama ini hanyalah beberapa contoh saja. Ada banyak lagi, percayalah. Barangkali anda sendiri tahu, jadi saya tak perlu memberitahu. Saya cuma risau tentang orang lain yang tak tahu apa-apa, mungkin ada hubungan saudara-mara atau persahabatan, kemudian mengikut mereka ikut jenis orang, jenis entiti ini dan hancurkan hidup mereka. Mereka akan perlu pergi ke alam rendah atau neraka disebabkan anda. Anda perlu memikirkannya. Anda bukan sahaja memudaratkan diri malah memudaratkan banyak orang lagi. Sebab itulah karma anda akan sangat berat. Jadi jenis anda semua itu, apa yang anda rasa anda buat ini? Mengapa anda perlu dapatkan kemasyhuran dan kekayaan dgn cara ini? Anda boleh pergi bekerja dengan badan yang kuat dan besar. Anda boleh pergi bekerja, mencari rezeki yang halal ​​seperti semua orang yang lain dan bersihkan karma anda, cari Guru sebenar untuk mengajar anda. Mengapa anda perlu menipu orang? Buat apa?

Ya Tuhan, semuanya ialah lelaki. Saya tak nampak wanita keluar dan mendakwa diri sebagai Buddha untuk bersaing dengan saya. Hanya lelaki. Agaknya wanita lebih bijak. Presiden Trump berkata wanita lebih bijak daripada lelaki. Mungkin betul kata-kata-Nya. Anda semua, patah baliklah. Sekrg juga! Sebelum anda pergi ke neraka dan tidak sempat bertaubat. Apabila anda masuk ke dlm neraka itu, anda tak dapat keluar lagi. Dalam kitab Buddha, ada dinyatakan macam itu. Anda tak harus berpura-pura menjadi Santo atau Buddha jika anda bukan, kerana anda tidak buat apa-apa yang betul untuk membantu sesiapa pun. Anda hanya katakan Dharma yg tak betul atau hanya ajar mrk sesuatu pergerakan, qigong atau apa-apa saja.

Saya kenali beberapa orang ahli qigong. Seorang anak murid saya yg merupakan biksu ialah ahli qigong yg sangat hebat kerana dia demonstrasikannya di depan saya banyak tahun yang lalu. Dia masih hidup. Dulu apabila kami ada perhimpunan dan biksu keluar untuk menunjukkan apa yang mereka mampu, dialah orangnya. Dia masih hidup dan bekerja di kilang lampu saya. Orang gunakan lembing besar. Saya rasa kami masih ada video itu di sesuatu tempat, bbrp dekad yang lalu, atau mungkin sebatang besi yg panjang ditolak ke tekaknya yang merupakan bahagian sensitif, pangkal tekak di sebelah dada. Mereka letaknya di sana dan tolaknya. Ia tidak masuk ke dalam. Ia tidak menembusi tekaknya, kerana jika tidak, dia akan mati. Dia tak dapat hidup sekarang. Dia sudah mengikut saya selama banyak dekad, memang taat, memang insan yang baik, begitu suci. Saya tak nak beritahu anda apa peringkatnya sekarang, tetapi tinggi, kerana saya tidak mahu anda rosakkan dia dan datang membuat egonya meninggi atau rosakkan dia dengan sebarang cara. Saya hanya beritahu anda ini. Biasanya kami tak nak tetapi hanya beritahu anda ini sebagai suatu contoh. Itu tiada apa-apa yang hebat.

Ketika saya tinggal bersama seorang biksu bersama dengan empat anak muridnya, biksu itu […] juga mengajar pengikutnya qigong di tokongnya. Saya ada di sana untuk seketika kerana ketika saya baru datang ke Taiwan (Formosa), Persatuan Agama Buddha menghantar saya ke sana. Beliau sudah meninggal dunia. Semoga rohnya diberkati. Saya perlu bantu beliau untuk bawanya ke Peringkat Keempat selepas beliau meninggal dunia, kerana jika tidak, jika berada di Tiga Alam, beliau takkan mendapat pembebasan selama-lamanya, tetapi beliau bebas sekarang, kerana beliau baik hati. Beliau menerima saya di tokongnya, jadi saya perlu buat sesuatu untuk beliau. Tetapi saya mengambil sedikit masa untuk naikkannya ke Peringkat Keempat kerana beliau bukan anak murid saya. Beliau tidak percaya kepada saya. Jadi saya tidak menyalahkan mereka.

Cuma ada banyak orang yang jahil termasuk biksu, biksuni dan paderi. Ada segala jenis. Kebanyakan biksu dan biksuni ambil masa yang sangat panjang, sepanjang hidup tetapi tidak keluar dari Tiga Alam pun kerana mereka tiada jenis kunci yang dapat buka potensi sebenar, Diri agung dari dalam dan terkunci di dalam badan ini dan beberapa badan yang lain. Contohnya, dalam lima alam yang paling dekat dengan alam Bumi, jika orang itu berada di Peringkat Astral, maka dia ada dua lapisan badan yang halang rohnya daripada menjadi bebas. Jika dia bertuah, lebih tinggi, seperti Peringkat Kedua, maka dia masih ada lebih tiga badan lagi yang menutupi rohnya, ada lebih banyak peringkat yang lebih tinggi lagi. Saya telah cakap tentangnya sebelumnya di mana dia tak dapat keluar kecuali ada seorang Guru yang ada Kuasa sebenar untuk buka Pintu Kebijaksanaan, Mata Kebijaksanaan untuk dia dan dia dapat mengenali Diri sebenar. Jika tidak, dia boleh beramal sepanjang hidup dan maksimum dapat pergi ke Peringkat Ketiga tertinggi tetapi masih perlu kembali ke sini kerana masih di Tiga Alam.

Alam Buddha Amitābha sudah berada di atas Tiga Alam pun. Tetapi salah satu orang, saya rasa biksu yang bernama Kuan Jing, sudah di sana selama 600 tahun sebelum bersama Guru-Nya. Tetapi beliau ingin turun ke dunia ini semula untuk membantu. Kemudian beliau perlu melalui banyak neraka dan manusia. Saya tak rasa beliau melalui orang-haiwan. Mungkin. Tetapi beliau perlu pergi ke neraka dan perlu berada di medan di luar, membunuh orang lain, malah dalam peperangan kerana beliau dah lupa siapa beliau sepenuhnya, bahawa beliau datang dari Alam Buddha Amitābha dan merupakan anak murid Guru agung itu. Guru Hsu Yun. Hanya dalam hayat terakhir, selepas 600 tahun barangkali buat segalanya yang perlu dibuatnya di dunia, kemudian pulang ke Alam Buddha pada suatu hari untuk mengingati segala-galanya. Itu bagaimana beliau tahu bahawa beliau dari Alam Buddha Amitābha. Kemudian beliau menulis buku tentang semua itu. Dalam satu hari, beliau alami begitu banyak perkara, tetapi satu hari di Alam Buddha Amitābha adalah banyak hari di Bumi sini.

Photo Caption: Besar atau Kecil, Semuanya Harus Bertumbuh Tinggi

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3993 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2932 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2554 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2514 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2335 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2407 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2263 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2161 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
2092 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1983 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1934 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1777 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1714 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1728 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
1622 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-07
7 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-07
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-07
21 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-06
626 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-06
933 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-06
658 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
901 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
602 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
178 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android