Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 8 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Biasanya saya hanya ucapkan halo pada bila-bila saya nampak Bulan dan Matahari, melayangkan ciuman kepada Mereka dan hantar kasih sayang ikhlas kepada Mereka tetapi tidak berbual. Kali ini saya buat begitu, jadi kita tahu lebih banyak sikit tentang Mereka dan berkongsi dengan anda kerana banyak daripada anda ingin tahu tentang ada apa di dalam Matahari dan Bulan.

Tolong jangan cuba masuk ke dalam matahari. Pertama, alat anda, apa-apa pun yang anda terbangkan akan terbakar menjadi… bukan habuk pun, tak dapat dilihat sepenuhnya. Jadi jangan cuba. Mana-mana manusia yang ada pengetahuan teknologi tinggi, sains dan sebagainya, jangan cuba melepasi lapisan luar Matahari kerana terlalu panas. Segalanya akan terbakar menjadi lebih kecil daripada habuk.

Dan juga, meskipun anda menembusi itu, anda tak dapat masuk kerana mereka ada sistem yang sangat selamat. Sama seperti Bulan, Matahari juga ada sistem yang selamat untuk elakkan pertembungan dengan makhluk yang merupakan gangguan kpd mereka. Gangguan tak bermakna mereka perlu pergi ke sana dan menembak mereka, baling bom tangan atau apa-apa. Gangguan adalah daripada tenaga individu.

Sesetengah orang banyak ganggu kita. Jadi tidak kira apa yang mereka buat, dengan atau tanpa niat, mereka akan ganggu ketenangan kita. Oh, saya ada orang ini! Saya tahu akan semua orang ini. Sesetengah daripada mereka atau banyak daripada mereka ialah kononnya anak murid saya. Sangat sukar nak mengubah mereka. Mereka dilahirkan macam itu. Meskipun mereka memang beramal dan sebagainya, sifat duniawi mereka tak dapat begitu banyak berubah, terutama jika mereka dari peringkat rendah. Jika kita suruh mereka beli ini, mereka pasti beli itu, bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Kemudian kita perlu asyik berhujah dengan mereka sehingga mereka benar-benar pergi beli jika mereka pergi belinya sebagaimana yang kita mahukan, sesuatu macam itu.

Atau jika mrk masak sesuatu untuk kita – hari ini mereka memasak dengan baik, esok memasak separuh masak saja, lusa memasak dengan terlalu masin, tulat memasak dengan terlalu manis atau hambar, apa-apa saja. Mereka buat apa-apa saja hanya untuk buat kita rasa tidak gembira. Walaupun kita dah beritahu mereka supaya beli apa, apa, apa, namun mereka tidak lakukannya. Mereka beli benda yang tidak betul supaya kita boleh naik marah dulu. Mungkin jika kita boleh berhujah dengan mereka dan suruh mereka beli yang baharu, maka mungkin sangat lama selepas itu, akhirnya mereka akan beli benda yang betul. Atau kita perlu cari segala-galanya dulu dan beritahu dia, “Ini, bukan itu,” kemudian akhirnya dia akan belinya untuk kita. Jadi Matahari dan Bulan, kita tak boleh menyalahkan Mereka atas tidak benarkan manusia masuk. Barangkali mereka (orang) akan masuk ke dalam, cuba buat sesuatu, bina sesuatu di dalamnya dan meletupkan Bulan atau Matahari dengan kecuaian atau dengan kekurangan pengetahuan sains. Itu masalahnya.

Bukanlah orang Matahari dan Bulan tidak peramah. Mereka sangat peramah, penyayang, baik hati dan pemurah tetapi anda tahu akan manusia, kan? Bukan semua manusia baik hati dan senang digauli. Jadi anda boleh lihat hanya seorang suami dan isteri saja pun, mereka sering bertengkar. Anak dan ibu bapa – anak sering perlu dipukul untuk diajar dan tak sentiasanya salah anak. Ibu bapa juga ada kemarahan, hadapi waktu susah di tempat kerja dan pulang ke rumah, atau apa-apa saja yang mereka rasa anak buat salah, mereka pukul mereka saja, seperti beg tumbuk, dahsyatnya.

Jadi saya dah kata banyak kali, anak perlu diperlakukan dengan baik kerana mereka ialah kanak-kanak. Mereka tak tahu bagaimana jelaskan kpd anda sebab mereka melakukan ini, melakukan itu. Atau mungkin rumah terlalu kecil dan dengan terlalu banyak anak, mereka rasa terperangkap dan tenaga tak dapat dilepaskan sepenuhnya. Jadi mungkin mereka bertindak dengan tak begitu damai,

tetapi mereka hanyalah kanak-kanak. Anda perlu biar mereka beritahu anda sebab mereka melakukan ini, atau mungkin merampas telefon mereka selama satu hari atau sesuatu, atau tidak benarkan mereka tonton televisyen hari ini jika tidak berkelakuan baik. Selepas anda beritahu mereka, mengajar mereka, anda tunjukkan kepada mereka kesan kelakuan baik atau buruk, tetapi jangan memukul mereka. Mereka begitu lembut, sangat kecil. Anda orang dewasa. Apabila naik marah, anda gunakan kekuatan penuh. Kadangkala anda boleh bunuh kanak-kanak dan akan menyesalinya sepanjang hidup. Mereka sangat lembut, sangat kecil, belum tahu bagaimana menjelaskannya. Mereka tak dapat, dan apabila anda menakutkan mereka, lagi teruk. Mereka tak dapat cari kata-kata untuk mengatakan apa-apa pun. Mereka terlalu takut dan tiada orang lain di sana untuk bantu mereka jelaskan. Tiada sesiapa pun di sana untuk lindungi

mereka. Mereka ialah anakmu. Anda ada kuasa penuh, autoriti penuh ke atas mereka, jadi fikirkannya sebelum memukul mereka, kerana anda orang dewasa. Dua orang dewasa berlawan pun, saling memukul, anda tetap tercedera, apalagi kanak-kanak yang tak dapat pertahankan diri. Dan jika anda bersendirian, besar, kuat, memukul anak, apa yang anda rasa akan berlaku kepada dia? Kadangkala anda memukul dgn begitu kuat, mereka jatuh ke atas lantai, terhantuk, merosakkan otak mereka. Itu mungkin kekal sepanjang hidup mrk, kemudian anda menyalahkan mereka kerana bodoh atau kurang berjaya di sekolah dan sebagainya.

Pada bila-bila saya fikirkan semua ini, ya Tuhan, hati saya terasa begitu, begitu gelap, begitu tidak senang. Jadi tolonglah, secara sampingan, saya ingatkan anda tentang itu: Sebelum memukul anak, anda berlutut, berdoa kepada Tuhan dulu sama ada anda dibenarkan untuk buat begitu atau tidak. Kemudian sekurang-kurangnya anda bertenang sikit, tidak memukul mereka macam itu pada saat naik marah. Tolonglah, demi Tuhan, sayangi anak, ajar mereka dengan sabar, baik hati.

Jangan sesekali memukul anak. Anda dan isteri atau suami anda kadangkala tak dapat terangkan dengan jelas pun perasaan anda atau logik bagi apa-apa saja yang berlaku, apalagi kanak-kanak. Mereka begitu lembut, begitu lemah. Tuhan berikan anak kepada anda, anda mesti hargai dia. Anda takkan tahu dia akan membesar menjadi apa. Mungkin Einstein kedua, satu lagi Marie Curie, malah Santo atau malah jelmaan Nabi Isa.

Nabi Isa juga dilahirkan dalam badan fizikal tetapi sekarang anda tahu siapa Baginda. Baginda ialah Anak Tuhan. Baginda turun ke dunia fizikal yang dahsyat ini untuk menyelamatkan roh-roh yang terdesak. Jika anda tak percaya kpd Baginda pun, anda tak harus ganggu Baginda. Baginda tidak mudaratkan sesiapa pun. Mengapa perlakukan Baginda dgn kejam macam itu? Jadi ini serupa dengan kanak-kanak. Meskipun itu bukan jelmaan semula Nabi Isa, dia ada Tuhan di dalam dirinya. Meskipun dia takkan menjadi orang terkenal, jika anda mengajar dia dengan baik dan menjadi lemah lembut, dia akan berkelakuan macam itu.

Jadi jika anda pukul anak, ini bermakna anda tidak dididik dengan baik. Jadi anda tak dapat mengajar anak pun, apalagi membiarkan diri mencederakan dia. Anda mesti bertaubat jika anda buat begitu dan tidak sentuh anak lagi. Anda boleh mengajar dia dengan cara-cara yang berlainan. Mungkin biarkan dia berada di dlm bilik sendirian selama 10 minit, 20 minit – tak terlalu lama, tidak lebih lama, kerana dia kanak-kanak. Dia akan berasa bosan, kecewa, takut atau rasa tersisih. Banyak perkara yang anda lakukan, jika anda tak tahu sebabnya atau tidak kendalikan dengan baik, kesan psikologinya akan pengaruhi mereka sepanjang hidup. Mungkin mereka membesar dengan tidak normal, tidak percayai manusia, tidak percayai ajaran guru lain di luar rumah.

Kerana mungkin mereka berfikir, “Ibu bapa saya, orang yang paling saya percayai, orang yang paling saya sayangi, memukul saya macam itu, mana boleh saya percayai orang luar?” Apabila mereka dah kahwin, mungkin mereka ada luka, parut ini dalam hati, dalam jiwa mereka, kemudian mereka takkan gembira. Jika anda ialah ibu bapa, anda mahu anak gembira, jadi perlakukanlah mereka dengan baik, hormati mereka seperti tuhan, seperti malaikat kerana ketika mereka baru dilahirkan, mereka adalah macam itu. Mrk masih dapat berhubung dgn Tuhan sedangkan anda dah lupa akan semuanya

Kebanyakan ibu bapa memperlakukan anak dengan baik. Saya rasa senang hati. Tetapi ibu bapa lain, tolonglah, berhati-hati dengan cara anda memperlakukan anak. Tuhan berikan dia kepada anda. Anda perlu hargai mereka, hormati mereka dan tidak perlakukan mereka dengan ganas, dengan kemarahan anda, tangan anda, tidak kira apa yang buat anda marah macam itu. Kerja anda boleh susah, hari anda boleh sangat banyak mengganggu jiwa, tetapi anda tak boleh melepaskannya pada anak. Meskipun anda tak dapat bergaul dengan baik dengan pasangan anda, isteri anda atau suami anda, anda tak boleh melepaskannya pada anak.

Anda mesti memperlakukan mereka sebagaimana anda mahu diperlakukan, terutama mereka begitu lembut, begitu kecil, begitu tak berdaya. Siapa yang boleh mrk panggil utk bantu? Siapa yang boleh mereka ajak bercakap? Jika anda memperlakukan mereka seperti beg tumbuk macam itu, siapa boleh bantu mereka? Siapa boleh lindungi mereka? Sebab itulah banyak kanak-kanak meninggalkan rumah, lari keluar dan alami kesusahan besar dan perlakuan yang lagi ganas. Jadi fikirkanlah itu. Tulis dalam diari anda, lekatkannya di mana-mana saja, berbunyi “Jangan sentuh,” kemudian anda akan faham anda jangan sentuh siapa. Atau menulis: “Berlemah lembut. Berdoalah kepada Tuhan.” Anda berdoa sebelumnya. Pada bila-bila anda nak memukul anak, anda berlutut, berdoa dulu. Okey? Terima kasih kerana perlakukan kanak-kanak sebagaimana anda ingin diperlakukan jika anda ialah kanak-kanak. Nabi Isa berkata, “Biarlah kanak-kanak datang kepada saya kerana Kerajaan Tuhan adalah milik mereka.”

Sekarang kita katakan sesuatu lebih banyak sikit tentang Bulan. Bulan lari dari kita sikit, tak begitu jauh berlari tetapi bergerak sedikit demi sedikit dari kita sejak lama dahulu lagi. Saya tanya mereka mengapa mereka terbang menjauhi kita. Mereka kata, “Kerana tenaga planet ini terlalu bersifat meledak, terlalu tidak mesra, terlalu ganas, terlalu kasar. Jadi tidak padan dengan tenaga Bulan.” Jadi kitalah orang yang menolak mereka, bukan mereka lari dari kita.

Peringkat Ketiga di Bulan tidak sama dengan Peringkat Ketiga manusia. Seperti jika anda seorang manusia dan capai Peringkat Ketiga, maka anda berada di dalam Tiga Alam, kemudian Tiga Alam akan binasa suatu hari nanti. Jika tiada tenaga lebih baik yang lain yang anda wujudkan, maka Tiga Alam akan binasa kerana ia masih rendah dan masih ada peratusan yang kecil adalah fizikal, jadi ia boleh binasa. Tetapi Peringkat Ketiga orang Bulan adalah berbeza. Mereka dilahirkan macam itu. Mereka dicipta macam itu. Jadi mereka takkan binasa. Itu berbeza. Peringkat Ketiga Bulan berada dalam persekitaran yang berbeza, tenaga yang berbeza, frekuensi yang berbeza kerana mereka berada di luar dunia kita. Mereka berada di luar Tiga Alam, jadi takkan terpengaruh oleh hukum pembinasaan ini. Bulan tak boleh dibinasakan kerana mereka hidup dalam sistem lain.

Photo Caption: Sapaan Cantik di Jalan Mulia

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/12)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-27
4592 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-28
3577 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-29
3204 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-30
2879 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-31
3174 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-01
2774 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-02
2511 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-03
2383 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-04
2460 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-05
2557 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-06
2466 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-07
2231 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-15
6714 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-15
725 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-15
473 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-14
947 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-14
439 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-14
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-06-14
1 Tontonan
Teknologi Zaman Keemasan
2025-06-14
1 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-06-14
270 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android